Chicken pox

Salam sejahtera,

Dah sebulan lebih saya tidak update blog saya. Ini disebabkan di awal bulan Ogos saya telah kena demam chicken pox atau cenkering. Teruk juga, habis satu badan dan muka. Sekarang pun muka masih penuh dengan parut. Saya MC hampir sebulan, baru minggu nie saya naik kerja.

Semasa MC saya tidak dapat access internet, ini di sebabkan kawasan rumah yang saya baru pindah nie masih tidak terdapat talian talipon…streamyx apatah lagi. Saya pindah rumah pada awal bulan lapan. Sehari lepas pindah saya dapat chicken pox😦 …apa nak buat.

Sebenarnya, anak saya yang nombor dua yang kena chicken pox, pas tu yang nombor satu, lepas tu saya pulak. Isteri saya tak kena sebab masa kecil dulu dah kena. Selepas ini saya akan sambung semula blog saya.

Dalam sebulan lepas banyak juga peristiwa yang berlaku separti olimpic, pilihan raya Permatang Pauh yang di menangi oleh Anuar Ibrahim, harga minyak ada turun sikit dan terbaru Malaysia menyambut Kemerdekaan ke 51. Kita juga mendapat berita tentang kematian tokoh penting dalam kemerdekaan negara kita iaitu A.Samad Ismail( Alfatihah untuk beliau).

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, diharapkan kita dapat menjalaninya dengan penuh kesabaran dan penuh ketaatan.Technorati Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: