Gaya Hidup Organik

Kearah kehidupan sihat berkualiti.

Apakah yang dikatakan gayahidup organik?

Organik secara literasinya bermaksud benda hidup. Namun perkataan organik sering kali di kaitkan dengan pelbagai konsep seperti pencemaran sifar, bersih, kembali kepada alam semulajadi dan mesra alam.

Dalam era yang penuh dengan pelbagai ancaman kesihatan, gaya hidup organik merupakan satu-satunya penyelesaian untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.

Gaya hidup organik juga merupakan sebuah konsep kehidupan sihat yang holistik dan merangkumi ketiga-tiga aspek fizikal, mental, serta kerohanian, Prinsip gaya hidup yang diperkenalkan oleh CNI meliputi perkara-perkara yang berikut.

1. Fizikal

  • Makanan organik untuk Naturopati
  • Pengawalan berat badan untuk cegah obesiti
  • Persekitaran organik untuk keharmonian hidup
  • Senaman berterusan membina jati diri

2. Mental

  • Ketenangan minda dan kestabilan emosi

3. Rohani

  • Kerohanian kearah penyempurnaan diri.

Bersambung…

Penapis Air Hidup – Water life CNI

Salam Sejahtera,

Saksi kan iklan water life – Penapis air hidup CNI  di TV3 sepanjang bulan ini. sila refer table di bawah.

CNI WaterLife System Advertisement on

Please take note that CNI Waterlife System’s advertisement schedule for December is as below:

  Date
Time
Programme
01/12/2008(Monday)
2:00 pm
Jom Relaks
3:30 pm
Sinetron
6:00pm
Rewind Senario
02/12/2008(Tuesday)
12:00 am
Jom Relaks
4:30pm
Lagenda
6:30pm
Akasia
9:00pm
Lestary
03/12/2008(Wednesday)
2:00am
Jom Relaks
3:30pm
Sinetron
4:30pm
Akasia
04/12/2008(Thursday)
12:30pm
Muzik-Muzik (RPT)
2:00pm
Jom Relaks
4:30pm
Lagenda
11:00pm
WWE – Int. Smackdown
05/12/2008(Friday)
1:00pm
AL-Hidayah
5:00pm
AL-Kulliyah
7:00pm
Assalam
9:00pm
Muzik-Muzik Semi Final
12:30am
Mega Movies-C’Tune
06/12/2008(Saturday)
1:00pm
Bleach
2:00pm
Panggung Sabtu
7:00pm
Si Manja Huggies
07/12/2008(Sunday)
 
12:30am
TV3 Cinema
1:30pm
Buletin 130 (Weeken..
7:30am
Get A Ride (Jom Ron…

Bagaimana untuk sponsor masa cuti sekolah…tanpa hilang kawan atau saudara.

Anda dan keluarga serta adik-beradik sedang makan malam. Ye la..cuti sekolah dah bermula ramai ambil kesempatan untuk bawa anak-anak balik ke kampong. Sambil bercuti dapat bawa anak-anak berjumpa dengan atuk dan wan serta sepupu mereka. Semua orang dalam mood yang sangat baik.

Anda terfikir…ini adalah masa yang sesuai untuk membentangkan plan perniagaan anda!

Anda pun berkata…”Since semua dah berkumpul di sini, saya ingin bercerita tentang pelan perniagaan yang saya tengah usahakan.”

Kasar tak bunyinya?

Ya…memang kasar…anda telah mematikan mood semua orang.

Jadi bagaimana untuk mengajak adik-beradik dan saudara-mara anda bersama dengan anda dalam business.

Bagaimana?

Mengapa tidak cuba membuka minda teman dan adik-beradik anda terlebih dahulu? Membantu mereka membuka minda supaya mereka dapat mengetahui manfaat yang boleh mereka perolehi dengan pelan perniagaan anda. Dengan terbukanya minda, manusia biasanya akan senang untuk join business anda. Manusia tidak akan ikut kita sekiranya tidak mengetahui sebab-sebab kenapa perlu ikut kita.

Bagaimana?

Cuba berikan buku , “How to Get Rich without Winning the Lottery” dan berkata:

“Biar saya PINJAMANKAN buku ini. Saya akan ambil balik beberapa hari lagi.

Kata-kata yang simple dan mudah ini memberi beberapa makna kepada adik-beradik atau teman anda iaitu:

1. Anda akan kembali dan akan bercerita lebih lanjut tentang buku itu

2. Anda perlu membaca buku itu dengan seberapa segera.

3. Buku ini bernilai. Orang lain pun ingin membacanya juga. Lebih baik di baca untuk mengetahui mengapa orang lain ingin mengetahuinya.

Biarkan buku itu membuka minda dan me’motivate’kan mereka tentang dunia network marketing.

Sekiranya anda tidak memiliki buku ini dapatkan buku-buku lain tentang network marketing yang anda rasa dapat membuka minda mereka. Cuba lah.

Hari Raya Bersama CNI

Salam Sejahtera Semua.

Syawal datang lagi…..dan kita baru sahaja menyambutnya dan masih lagi dalam bulan syawal yang mulia ini. Sambil makan kuih raya jangan lupa mengambil product kesihatan CNI.

Lepas raya nie ramai yang demam, mungkin makan rendang banyak sangat dan juga penat kerana menziarahi sanak saudara, juga penat sebab perjalanan pulang dari kampong yang jauh. Tambah pula dengan jem…memang memenatkan.

Walaubagaimanapun sambutan syawal ini kita teruskan. Dan CNI akan mengadakan program berhari raya bersama CNI. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah.

SYAWAL bulan kemenangan,
disambut dengan penuh kegemilangan dan kesyukuran. Istimewa sempena hari
lebaran, and dijemput berkongsi kemeriahan bersama CNI.

AKTIVITI MENARIK

  • Kaunter Jualan Istimewa
  • Gerai Permainan dan aktiviti menarik
  • Demo masakan PerfectChef
  • Persembahan Pentas
  • Cabutan bertuah
  • Acara ria seisi keluarga
    • Pertandingan Karaoke Lagu Hari Raya (15thn ke atas)
    • Pakaian Raya paling menarik (kanal-kanak / Dewasa)
    • Pertandingan menghias kad hari raya untuk kanak-kanak
    • Pertandingan menganyam ketupat, mengikat sampan dan pelbagai
      lagi acara dan aktiviti meriah menanti anda sempena carnival Mesra
      Raya.

Pastikan di CNI …..

Jangan lupa temujanji kita,
rugi kalau tak pergi!

Sila dapatkan kupon
‘Mesra Raya’ (*RM5) di Pusat Pengedaran berhampiran atau Ibu Pejabat
CNI.

Maklumat lanjut bolehlah layari http://www.mycni.com.my

Kepada yang ingin menjadi ahli CNI, bolehlah hubungi saya di 0127539925 atau emai saya di mycni2u@gmail.com

Jumpa lagi

Thalib

Chicken pox

Salam sejahtera,

Dah sebulan lebih saya tidak update blog saya. Ini disebabkan di awal bulan Ogos saya telah kena demam chicken pox atau cenkering. Teruk juga, habis satu badan dan muka. Sekarang pun muka masih penuh dengan parut. Saya MC hampir sebulan, baru minggu nie saya naik kerja.

Semasa MC saya tidak dapat access internet, ini di sebabkan kawasan rumah yang saya baru pindah nie masih tidak terdapat talian talipon…streamyx apatah lagi. Saya pindah rumah pada awal bulan lapan. Sehari lepas pindah saya dapat chicken pox 😦 …apa nak buat.

Sebenarnya, anak saya yang nombor dua yang kena chicken pox, pas tu yang nombor satu, lepas tu saya pulak. Isteri saya tak kena sebab masa kecil dulu dah kena. Selepas ini saya akan sambung semula blog saya.

Dalam sebulan lepas banyak juga peristiwa yang berlaku separti olimpic, pilihan raya Permatang Pauh yang di menangi oleh Anuar Ibrahim, harga minyak ada turun sikit dan terbaru Malaysia menyambut Kemerdekaan ke 51. Kita juga mendapat berita tentang kematian tokoh penting dalam kemerdekaan negara kita iaitu A.Samad Ismail( Alfatihah untuk beliau).

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, diharapkan kita dapat menjalaninya dengan penuh kesabaran dan penuh ketaatan.Technorati Tags: , ,

Rahsia untuk berjaya dengan CNI.

Salam sejahtera,

Semua orang ingin berjaya dalam apa saja bidang yang di ceburi, samada dalam bidang pekerjaaan atau perniagaan. CNI adalah salah satu syarikat yang menyediakan peluang perniagaan kepada anda. Iaitu dalam bidang perniagaan pelbagai peringkat atau pun multi level marketing (MLM).

Adakah untuk berjaya dalam bidang MLM ini satu yang sukar atau pun mustahil. Jayapannya tidak, sekiranya anda tahu rahsianya. Jadi di sini saya ingin memberitahu rahsia untuk berjaya dengan CNI.

1. Guna sendiri – Barang-barang CNI adalah terdiri barang-barang keperluan harian atau pun barang wajib guna separti berus gigi, ubat gigi, shampoo dan macam-macam lagi. Jadi tukar jenama barang-barang yang anda guna kepada jenama CNI.

2.  Menjual – Ramai orang takut apabila di sebut menjual. Tetapi apa yang saya maksudkan di sini adalah jual kepada diri kita sendiri. Macammana tu? Jawapannya ada di no.1. Iaitu guna sendiri. 🙂

3. Menaja – Perkataan ini juga merupakan perkataan ‘berhantu’ sebab ramai yang menolak apabila di suruh menaja. Tetapi tanpa penajaan anda tidak mungkin akan berjaya dalam CNI, malahan dalam apa-apa MLM pun. Mungkin ramai yang tak setuju dengan kenyataan ini. tetapi dengan teknik yang betul, insyaAllah ianya bukanlah sesuatu yang sukar. Saya akan menulis tentangnya di masa akan datang.

4. Service dan tunjuk ajar – Setelah kita menaja dan mempunyai ‘downline’, jangan lupa untuk service dan memberi tunjuk ajar kepada downlone kita. Macamana? anda tidak boleh terlalu memaksa, dengan pendekatan yang betul, downline anda akan selesa dengan anda.

5.  Kepimpinan – Untuk berjaya anda perlu menjadi seorang pemimpin. Dalam hal ini anda perlu menjadi pemimpin pada diri anda dahulu dan seterusnya pemimpin kepada kumpulan anda. Kepimpinan boleh di pelajari. CNI menyediakan kursus-kursus berkenaan kepimpinan. Seorang kawan saya memberitahu, “untuk menjadi pemimpin kita perlu bersedia untuk merasa tidak selesa”. Dalam maksudnya tu.., Di lain masa saya akan cuba mengulasnya.

6. Kursus – Apabila kita memasuki suatu bidang yang baru seperti perniagaan MLM, anda perlu mengikuti kursus-kursus yang di sediakan. Kursus-kursus ini bertujuan membimbing anda tentang bagaimana untuk menjalankan perniagaan CNI. Upline saya kata kursus itu WAJIB.

7. Turut serta majlis CNI – CNI ada mengadakan majlis-majlis tertentu seperti “Majlis Kecermerlangan CNI”, Majlis Sambutan Hari Raya dan macam-macam majlis lagi. Anda mesti menghadiri majlis-majlis ini bagi mendedahkan diri dengan aktiviti-aktiviti CNI seterusnya berkenalan dengan ushawan-ushawan lain. Majlis ini juga boleh digunakan untuk membawa rakan anda bagi memperkenalkan dengan dunia CNI.

8. Akhir sekali Duplikasi – Setelah anda praktiskan 7 langkah di atas, anda perlu duplikasikan kepada downline anda. Downline anda pula akan mengajak downlinenya untuk duplikasikan perkara yang sama. Jadi proses ini akan berterusan. Namun begitu ianya bukanlah suatu yang mudah, tetapi ianya juga bukanlah suatu yang mustahil. Individu-individu yang berjaya dalam CNI telah menggunakan rahsia-rahsia di atas dan hasilnya mereka berjaya.

Sekarang terpulanglah kepada anda untuk mengikutnya atau tidak.

Salam kejayaan dan jumpa anda di puncak kejayaan.

Penapis Air Hidup

Salah satu product CNI yang luar biasa adalah penapis air. Ia di panggil penapis air hidup. Untuk lebih lanjut saksikan video ini.

Atau pun anda boleh lihat Video penapis air CNI melalui link ini http://www.youtube.com/watch?v=vq4Yqvpsk-o

Untuk Bahasa China, lihat video ini.

Atau pun di link ini. http://www.youtube.com/watch?v=MZaCbs4J9Hg

Ini pula adalah demonstrasi yang menunjukkan kehebatan Penapis air CNI. Anda akan mendengar dua suara iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandrin. Adjust speaker PC anda mengikut kesesuaian.

Jumpa lagi