Kearah kehidupan sihat berkualiti.
Apakah yang dikatakan gayahidup organik?
Organik secara literasinya bermaksud benda hidup. Namun perkataan organik sering kali di kaitkan dengan pelbagai konsep seperti pencemaran sifar, bersih, kembali kepada alam semulajadi dan mesra alam.
Dalam era yang penuh dengan pelbagai ancaman kesihatan, gaya hidup organik merupakan satu-satunya penyelesaian untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.
Gaya hidup organik juga merupakan sebuah konsep kehidupan sihat yang holistik dan merangkumi ketiga-tiga aspek fizikal, mental, serta kerohanian, Prinsip gaya hidup yang diperkenalkan oleh CNI meliputi perkara-perkara yang berikut.
1. Fizikal
- Makanan organik untuk Naturopati
- Pengawalan berat badan untuk cegah obesiti
- Persekitaran organik untuk keharmonian hidup
- Senaman berterusan membina jati diri
2. Mental
- Ketenangan minda dan kestabilan emosi
3. Rohani
- Kerohanian kearah penyempurnaan diri.
Bersambung…
Filed under: Gaya Hidup Organik | Tagged: Cara hidup sihat, Gaya Hidup Organik, Organik, Pengguna bijak